Friday, November 21, 2014

Pameran MAHA 2014: Agroteknologi Pemangkin Transformasi



Pameran MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) yang dianjurkan oleh Kementrian Pertanian dan Industri Asas Tani telah bermula dari 20hb – 30hb November 2014 di taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Pada tahun ini, pameran yang bertemakan Agroteknologi Pemangkin Transformasi lebih menumpukan penyertaan golongan muda.

Pameran MAHA 2014

Tapak Pameran Utama MAHA 2014 terbahagi kepada beberapa kategori dan lokasi iaitu :
  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas

Klik untuk senarai aktiviti MAHA 2014 : http://www.maha.gov.my/index.php/en/road-to-maha-2014

Sempena cuti sekolah yang baru bermula, adalah digalakkan membawa anak-anak ke Pameran MAHA 2014. Banyak ilmu yang dapat diperolehi dengan kunjungan anda. Bukan itu sahaja, you can shop too! But I am not that sure whether I can managed to shop or not. Kebetulan, pada tahun ini saya harus berkhidmat untuk mempromosi Booth BERNAS di Pavilion A. Secara jujur, dekorasi di Pavilion A pada Pameran MAHA 2014 lebih menarik berbanding Pameran MAHA 2012.

So, people, if you want to taste sample nasi boleh ke Booth BERNAS. Bukan setakat itu sahaja, I need people to help us on the survey of rice drink product. Silalah bantu okey! Rice drink tersebut telah dibuat dengan kasih saying dan freshly made!

Jom jamu mata dengan gambar-gambar yang sempat dirakam.

Dekorasi di Pavilion A - Lebih banyak tempat duduk disediakan kepada pengunjung MAHA 2014

Booth BERNAS dan work station tempat saya ditugaskan

Hiasan Orked di pintu masuk Booth Petandingan Orked di Pavilion A. Pokok Rock Melon di Booth MOA. Pokok padi yang dibawa dari Sekinchan Selangor di Booth BERNAS.