Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Recipe: Biskut Cornflakes Madu



As Salam,

Selang beberapa hari lagi tiba bulan Syawal. Bagaimana dengan persiapan raya korang tahun ini? Mestilah meriahkan. Memang sudah lama tidak update blog. Memang sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Maklumlah, dengan persiapan wedding dan tidak lupa juga projek product development di office. Buat produk masa bulan puasa memang mencabar sebab tak boleh rasa sedap atau tidak makanan yang disediakan.

          Tahun ini, ade juga cuba-cuba buat kuih baru untuk lebaran. Ialah, setiap tahun pun biskut chocolate chips, maka tahun ini bertambah biskut yang ada, contohnya biskut sarang semut, biskut cranberry oat dan biskut cornflakes madu. Semua biskut ini memang firstime buat dan biskut cornflakes madu was a special request from fiancĂ©e.

          Resepi di ambil daripada internet. Saya rasa butter daripada resepi asal perlu dikurangkan daripada 250g kepada 200g mesti lagi sedap rasanya. Saya gunakan Nestle Cornflakes sebab tebal sikit berbanding Kellogs atau yang dijual di kedai bakeri. Moh kite tengok resepinya.



Resepi Biskut Cornflakes Madu
Bahan-bahan:
200g Buttercup
I kotak besar Nestle Cornflakes
1 ½ cup Madu
1 cup Gula Castor

Cara-cara:
1)      Cairkan butter dan madu di dalam kuali dengan api yang perlahan
2)     Setelah cair, masukkan gula dan kacau hingga cair
3)     Semasa masih panas, tuang campuran madu di dalam cornflakes (dalam mangkuk besi / tahan suhu panas) dan kacau sehingga madu menyaluti semua cornflakes.
4)     Masukkan cornflakes bersalut di dalam paper cup
5)     Untuk lebih rangup, bakar cornflakes madu pada suhu 130°C selama 7-10 minit.