Thursday, April 11, 2013

Pertama Kali Makan Nasi Ambeng



Assalam,

Masih saya ingat ketika masih belajar di universiti, seorang sahabat yang berketurunan Jawa seringkali bercerita tentang keenakan nasi ambeng. Pertama kali mendengarnya saya bertanya, “Nasi ambeng tu ape? Tak penah dengar pon?”. Lalu sahabat saya bercerita tentangnya dengan lebih lanjut. Menurutnya, nasi ambeng merupakan salah satu makanan yang biasanya dihidangkan di dalam dulang sewaktu majlis kenduri khasnya dilakukan oleh masyarakat Jawa. Hidangan merupakan nasi putih yang mepunyai lauk –pauk disekeliling seperti tempe goreng, urap, sambal goreng, ayam goreng dan yang lebih menarik mee goreng adalah salah satu lauk hidangan. Memang pelik pertama kali saya mendengarnya dan tidak dapat saya gambarkan pada ketika itu. 

          Melalui info yang terdapat di internet, nasi ambeng yang di sajikan melambangkan keberuntungan dan membawa harapan agar pihak yang menikmatinya akan di murahkan rezeki. 

Inilah rupa sepinggan nasi ambeng. Penuh sangat! Makan sampai mengah.

          Semasa kerja lapangan di Kuala Selangor tempoh hari, pertama kali saya berkesempatan untuk merasa hidangan nasi ambeng di Warung Ibu, Tanjung Karang. Perasaan ketika menikmatinya....Sedap! Saya tidak sangaka kombinasi mee goreng dan nasi putih boleh menjadi. Saya sarankan bagi sesiapa yang mempunyai kapasiti perut yang kecil, sepinggan hidangan nasi ambeng boleh dikongsi untuk dua orang. Memang sangat kenyang kalau seorang sahaja yang makan. Lepas ini, bolehlah saya makan nasi ambeng lagi!

Warung Ibu terletak di Batu 6, Kg. Sungai Gulang-Gulang, 45500, Tanjung Karang, Selangor.
Ia terletak kira-kira 12 minit dari bandar Kuala Selangor. (Pernah masuk JJCM 2010)

1 comment:

Share Your Thoughts Here