Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Nasi Goreng Kerang di Pantai Remis

Salam,

Jalan- jalan di pantai Remis memang seronok. Tambahan pula di sana terdapat jualan pelbagai jenis ikan, kerang, kepah segar yang boleh dijadikan juadah lauk-pauk yang sedap. Selain daripada itu, keropok ikan pun ada dijual (bukan keluaran tempatan tapi diimport dari Kedah). Pertama kali ke Pantai Remis memang mengujakan. Lepas penat pusing-pusing melawat gerai seafood segar, perut pula minta untuk diisi tambahan pula panas terik waktu tengahari menambahkan dahaga di tekak. Maka, Medan Selera Pantai Remis menjadi pilihan kali ini. Hihihi.

Ikan segar yang dijual. Pardon me, saya kenal ikan bawal aje. Kalau suruh teka kan siakap atau keparu belum tentu betul.

          Disebabkan saya feeling-feeling mahu diet, maka Nasi Goreng Kerang menjadi pilihan. Sebenarnya saya tersalah order. Sepatutnya Nasi Goreng Lala sebab lagi menarik. Tidak mengapalah, perkara sudah lepas. Kawan-kawan yang lain memang dasyat. Mereka order - Ikan Kerapu Tiga Rasa, Ayam Masak Sweet Sour, Telur Dadar dan Mee Goreng. Wah, macam hidangan makan malam rasanya. Bila sampai sahaja hidangan yang telah ditempah...Nah! nasi gorengku memang terbaik dengan kerang yang banyak lagi gemuk. Oleh yang demikian, feeling-feeling diet hancur sama sekali.

Nasi Goreng Kerang dengan kerang yang gemuk-gemuk.

Mereka yang order. Saya kalau banyak begini untuk lunch memang tak mampu nak habiskan.

          Melalui blog-blog yang saya baca, hidangan udang lipanadalah popular di kawasan Pantai Remis. Tapi sungguh, saya memang tidak tahu lokasinya di mana. Khasiat Udang Lipan atau Udang Ketak menurut Abah, boleh mengubati penyakit lelah / asthma. Yes, I need to check it out ofter this :)