Monday, January 14, 2013

KFC - Kelantan Fried Chicken

Assalamualaikum,

I never tasted before in my life the Kelantan Fried Chicken (also know as Kel FC). Normally the products were marketed at night market and they have hundreds of branch throughout Malaysia. But I found out that they have opened their first ever restaurant in Equine Serdang. The waitress told us that they had already operating 7 months ago and will be promoting their restaurant on Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) on this 21 Jan 2013! I am sure the restaurant will be a hot spot after this. 

Why did I say a HOT SPOT? It is because the price was so cheap and tasty! Really cheap and at the end of the day you are thankful enough with the full belly. I like to say that the  serving portion are more compared to the other KFC (Kentucky Fried Chicken)! Of course the chicken size was absolutely bigger than what we usually eat at KFC. Not only that the chicken was marinated with their homemade recipe and it taste different. You have to taste it and you know what I mean.  

Well, I guess it is time for some changes! Let us support local and Halal food. Jom review what my friends and I had at the Kel Fried Chicken. Demo boleh kecek kelate pah ni :)


Whole Leg Chicken Chop RM8.00

Kelantan Chicken Chop RM5.00 ( One of the hot item! )

Chicken Rice Kel FC RM6.00 - The rice was so soft and aromatic!

Ice blended Chocolate and Tiramisu RM3.00 each.

Monday, January 7, 2013

Al-Kisah Walimatulurus.

Assalamualaikum,


Sekadar nak berkongsi pengetahuan yang pada pendapat saya sangat menarik. Sebelum bertemu dengan artikel ini, saya sebenarnya tercari-cari akan kepentingan pelamin dalam sesebuah majlis perkahwinan. Maklumlah, memang benar kalau diadakan pemain pastilah sesuatu majlis perkahwinan itu nampak gah bukan tapi apa pula kepentingannya? Lalu saya terjumpa informasi ini dan sanggup pula saya copy dan paste di blog untuk dikongsikan. Selamat menbaca kawan-kawan. Harus di baca bagi mereka yang belum berkahwin dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Setelah membaca artikel ini, apa yang terlintas difikiran tatkala ini, DIY jelah. Jimat kos :)


Walimah / kenduri kahwin dalam masyarakat Melayu


SEJAUH MANAKAH WALIMATULURUS TIDAK MELANGGAR SYARIAT ISLAM?

Walimah ialah makanan pada perkahwinan, berasal kata malam iaitu mengumpulkan kerana suami isteri berkumpul. Imam Syafii dan sahabat-sahabatnya mengatakan bahawa walimah itu berlaku pada setiap undangan yang diadakan kerana kegembiraan yang terjadinya nikah, berkhitan dan lain-lain .

PENGERTIAN WALIMATUL URUS

Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS

Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

حدثنا ‏ ‏سليمان بن حرب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏عن ‏ ‏ثابت ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏قال ‏ 
‏ما أولم النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏على شيء من نسائه ما أولم على ‏ ‏زينب ‏ ‏أولم بشاة

Maksudnya : telah meriwayatkan kepada kami Sulaiman ban Harb daripada Hamad bin Zaid daripada Tsabit bin Anas katanya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah melakukan walimah untuk isteri-isterinya seperti yang baginda lakukan dalam walimah ketika kahwin dengan Zainab, iaitu baginda menyembelih seekor kibas.

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS

Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.

Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘. Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:

1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.

3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

HUKUM MENGADAKAN WALIMATUL URUS

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing”.

Telah meriwayatkan kepada kami Ahmad bin Abdah: Telah meriwayatkan kepada kami Tsabit al Bunani, dari Anas bin Malik, katanya: Sesungguhnya Nabi Muhammad melihat pada Abdul Rahman bin Auf bekas minyak wanginya, lalu nabi bertanya “Ada apa gerangan ? Mengapa kamu melakukan ini?’ Lalu ia menjawab ; ”Wahai Rasulullah, saya telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mahar sekeping emas, Lalu Rasulullah menyahut “ Semoga Allah memberikan berkah kepada kamu dan adakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor haiwan kibas”.

Telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Abi Umar Al Adani dan Ghiyats bin Jaafar Ar Rahabi, katannya; Telah meriwayatkan kepada kami Walid bin Dawud, dari bapanya, dari Zuhri, dari Anas bin Malik, katanya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad mengadakan walimah ketika berkahwin dengan Syafiyah dengan makan gandum dan kurma.”[1]


SITUASI WALIMAH MASA KINI

Majlis walimah yang diadakan dalam masyarakat sekarang banyak mendatangkan mafsadah daripada maslahah. Keadaan ini dapat dilihat dalam majlis walimah orang berada dan kurang berada. Begitu juga dengan majlis yang diadakan di kota ataupun di desa. Majlis yang diadakan banyak mendatangkan maslahah dan mafsadah kepada pihak yang mengadakan majlis walimah.

Walimah berbeza dengan apa yang kita kenal sekarang pesta perkahwinan. Jadi walimah lebih merupakan makan bersama yang dihadiri oleh tetamu yang turut menyaksikan akad nikah. Makanan yang dihidangkan bergantung kepada kemampuan pihak yang mengadakan majlis walimah. Mereka boleh menyembelih kambing dan apabila tidak sanggup, mereka boleh membuat makanan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika perkahwinan baginda dengan Syafiyah, iaitu dengan sekadar gandum dan kurma. Walimah wajib dilakukan oleh orang yang mengadakan majlis walimah, maka bahan makanannya dapat disesuaikan dengan kemampuan orang yang melakukan majlis walimah.

Keadaan ini berbeza dengan walimah kita pada hari ini, di mana orang yang mengadakan walimah sanggup menyediakan makanan yang berbagai jenis untuk dihidangkan kepada tetamu walaupun mereka kurang berkemampuan. Antara makanan yang disediakan bukan sahaja makanan berat seperti nasi serta pelbagai lauk pauk tetapi meliputi juga makanan berat yang lain seperti laksa, bihun sup, mee, kueh-mueh serta bubur sebagai pemanis mulut. Begitu juga dengan minuman yang pelbagai rasa seperti ais kacang, air sirap, air bandung, teh panas dan lain-lain lagi. Makanan yang dihidangkan pelbagai jenis adalah baik untuk diberikan kepada orang ramai. Makanan yang berlebihan lebih banyak membawa kepada pembaziran kerana tetamu makan bukan makan sekadar keperluan tetapi lebih kepada memuaskan nafsu. Keadaan dapat ini dilihat apabila tetamu mengambil makanan yang dihidangkan. Mereka akan mengambil semua makanan yang dihidangkan lalu dimasukkan kedalam pinggan yang disediakan. Apabila semua lauk–pauk bercampur, mereka tidak dapat menghabiskan makanan yang diambil lalu dibuang begitu sahaja. Keadaan ini berlaku keranamajlis perkahwinan yang diadakan lebih berunsurkan layan diri. Pihak tetamu tidak memikirkan bebanan yang yang ditanggung oleh pihak yang mengadakan majlis. Mereka sanggup berhutang daripada bank atau kaum keluarga terdekat dalam menyediakan majlis walimah ini. Semua ini dilakukan supaya majlis walimah yang diadakan setanding dengan majlis walimah orang lain. Mereka tidak mahu melihat cacat cela dalam majlis yang diadakan walaupun pada dasarnya mereka kurang berkemampuan.

Pihak majlis juga menyediakan buah tangan kepada tetamu. Beg berisi gula-gula, telur serta kuih-muih disediakan. Malang sekali batang bunga telur yang harganya melebuhi RM 2.00 di patahkandan dibuang di hadapan tuan rumah kenduri bukan untuk dibawa pulang setelah segala isi yang diberikan diambil. Begitu juga dengan beg yang disediakan dikoyak dan ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga dengan kad jemputan yang pelbagai harga dan bentuk diberikan semasa mengundang tetamu. Kad undangan terdiri daripada pelbagai harga hanyalah bertujuan memberitahu tarikh, alamat dan nama pengantin supaya jemputan dapat hadir ke majlis yang diadakan. Kad jemputan yang diberikan adalah baik jika sekadar mengingatkan jemputan tetapi kad jemputan yang melebihi RM 10.00 adalah mafsadah sahaja.

Adakah dalam melakukan walimatul urus harus mengeluarkan sendiri atau orang lain dapat membantu untuk mengadakan walimah demi menyemarakkan upacara walimah itu? Rasulullah tidak melarang orang lain boleh membantu demi seseorang yang melakukan perkahwinan untuk mengadakan walimah. Kerana itu kaum muslimim, dapat melakukan gotong royong bagi keperluan saudara kita yang melakukan perkahwinan untuk membantu mereka mengadakan walimah demi menyemarakkan perkahwinan mereka. Dengan cara demikian walimah yang menjadi kewajipan dalam upacara pernikahan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan mendorong muslimin yang tidak mampu melakukan dan menjauhi perbuatan perzinaan, kerana dengan walimah itu perkahwinan akan lebih semarak dan syiar Islam lebih luas di tengah-tengah masyarakat kita[2].

Situasi ini sangat berbeza dalam masyarakat kita sekarang di mana kebanyakan majlis perkahwinan yang diadakan sekarang tidak berasaskan kepada kepada amalan bergotong royaong seperti dianjurkan. Majlis perkahwinan secara kontrak diadakan untuk memudahkan urusan majlis. Pihak yang mengadakan majlis hanya perlu menyediakan wang yang secukupnya. Pada hari majlis akan berlangsung makanan siap disediakan oleh pihak yang diamanahkan. Di sini tidak wujud kemesraan di antara satu sama lain. Semangat kekeluargaan dan silatul rahim semakin kurang.

Majlis walimah yang diadakan melibatkan perbelanjaan yang besar kerana wang hantaran melebihi RM 7000.00 hingga RM 20,000. Wang hantaran yang ditetapkan berdasarkan kepada tahap pendidikan, pekerjaan bakal pengantin, kedudukan keluarga serta kecantikan bakal pengantin perempuan. Disamping itu juga harga emas semasa juga turut diambil kira pengantin perempuan tidak dapat membeli barangan kemas jika hantaran yang diberikan sedikit. Begitu juga dengan keperluan lain seperti pakaian, set persandingan serta perbelanjaan walimah. Jika bakal pengantin seorang janda hantaran kurang berbanding dengan dara.

Wang hantaran daripada lelaki adalah baik sebagai persediaan kepada pengantin perempuan tetapi jika terlalu berlebihan sangat akan membawa mafsadah kepada pihak lelaki. Hantaran pula tidak menjadi rukun nikah tetapi hanyalah sekadar uruf atau adat dalam masyarakat sahaja[3]. Rukun nikah terdiri daripada lelaki,perempuan yang menjadi pengantin, wali yang mengakadkan perkahwinan, dua orang saksi yang mendengar akad dan mengesahkan akad, wali yang menikahkan pasangan pengantin dan ijab dan kabul iaitu lafaz akad nikah oleh wali atau wakil wali. Kabul ialah ucapan pengantin lelaki atau walinya sebagai tanda penerimaan.

Mahar atau mas kahwin merupakan salah satu syarat sahnya perkahwinan dalam islam dan telah diamalkan oleh Rasulullah tanpa memberatkan pihak lelaki . Hikmah diadakan mahar adalah untuk memuliakan wanita. Pihak lelaki yang mencari kaum wanita bukannya wanita yang mencari kaum lelaki. Tujuannya adalah untuk menzahirkan keinginan lelaki terhadap kaum wanita. Dengan cara ini. Dia memberikan hartannya sebagai pemberian ataupun hadiah daripadanya. Tidak seperti yang disangka sebagai harga wanita seperti setengan pendapat.

Firman Allah dalam surah An Nisa, ayat 4:

Maksudnaya “Dan berilah kepada perempuan–perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya, maka maka gunakanlah pemberian itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”

Dalil yang menyokong dan menguatkan pendapat kewajipan mahar ialah Syarak menggalakkan pengurangan nilai mahar dan tidak melampau nilainya[4]. Ini dijelaskan oleh Sunnah . Rasulullah bersabda :

اكثر هن بركة اقلهن صداقا

Maksudnya; “Wanita yang paling banyak berkat ialah yang paling sedikit maskahwinannya.”

Rasulullah telah berkahwin dengan sebahagian dari isterinya dengan beberapa dirham sahaja. Begitu juga Rasulullah mengahwinkan anak-anak perempuannya iaitu Saidatina Fatimah iaitu anak yang paling disayangi dengan diberi baju besi oleh Saidina Ali.

Dalam hadis lain Rasulullah mengahwinkan setengah wanita dengan dengan lelaki yang tidak mempunyai harta. Rasulullah meminta sebentuk cincin diberikan sebagai mahar. Malag sekali Rasulullah beliau hanya mendapati pada lelaki itu beberapa surah al-Quran yang telah dihafaz lalu Baginda meminta lelaki tersebut menghafaz ayat Al-Quran sebagai maharnya.

Hal ini sangat bertentangan dengan kehendak syarak yang membebankan pihak lelaki, kerana terpaksa berhutang sekurang-kurangnya melebihi RM20,000.00 hingga RM 50,000.00 untuk sesuatu majlis walimah. Jika majlis walimah di kalangan orang terkenal seperti artis perbelanjaan yang lebih besar besar diperlukan. Hutang yang dibuat ini akan memakan masa hingga sepuluh tahun untuk diselesaikan. Pasangan ini akan memulakan kehidupan baru dan memerlukan banyak lagi perbelanjaan lain seperti rumah, kenderaan dan menyambut kelahiran orang baru setelah menimbang cahaya mata.

Masalah perbelanjaan yang besar inilah menyebabkan ramai pasangan kahwin lari di Selatan Thailand kerana untuk menyediakan wang hantaran tidak mampu dan tuntutan nafsu tak dapat ditahan. Untuk mengatasi masalah ini, kahwin lari adalah jalan utama. Kahwin tanpa restu keluarga, tanpa wali keluarga malah lebih memalukan keluarga. Barang-barang hantaran pula terdiri daripada barangan yang mahal seperti alat solek, kasut, wang hantaran, telekung untuk perempuan dan lain-lain lagi barangan berjenama. Barang-barang ini dibungkus dalam bentuk seni yang sangat indah dan diletakkan dalam bekas yang cantik untuk dipamerkan kepada orang ramai. Jika hantaran di kalangan orang kenamaan, hantaran barangan yang lebih mahal disediakan dan akan menjadi kebanggaan jika barangan tersebut diimport dari luar Negara. Keadan ini jelas dapat dilihat dalam majalah maupun kaca television. Kesenian dan keindahan dituntut oleh Islam, kerana Allah suka kepada yang cantik dan Allah itu adalah cantik. Jika hantaran yang disediakan akan membawa kepada keburukan dan riak sekadar untuk mendapat pujian, maka keadaan ini adalah ditegah oleh Allah.

Pakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin pula sangat keterlaluan hingga menampakkan susuk tubuh badan yang sebenar. Walaupun pasangan pengantin memakai tudung menutup aurat tetapi menampakkan tubuh sebenar, adakah ini yang dianjurkan Islam? Adakah ini mengikut syariat Islam? Memakai pakaian yang meleret hingga ke tanah, terpaksa diangkat bila berjalan, tertarik mata memandang untuk melihat keayuan tubuh pemakai, pakaian mahal melebihi ratusan ringgit, malahan ribuan ringgit hanyalah dipakai untuk satu hari sahaja. Pakaian ini khusus untuk digayakan pada hari tersebut sahaja. Begitu juga dengan kasut yang ditempah khas. Adakah ini mengikut sunnah? Perlu diperhatikan bahawa majlis walimah yang dianjurkan jangan sampai berlebih-lebihan, apa lagi untuk mempamerkan kekayaan, kerana hal sedemikian sudah membawa kepada perbuatan syirik.Pakaian yang cantik dan bersih sangat dituntut oleh Allah. Pakaian ini tidak seharusnya mahal tetapi dapat mendatangkan keselesan kepada pemakai. Pakaian yang dipakai dalam majlis pula berbagai jenis kerana majlis walimah diadakan lebih dari dua hari.

Bersolek di hari majlis juga mendatangkan mafsadah kepada pengantin. Pengantin akan disolek sehingga menampakkan seri wajah. Bulu kening yang haram akan dicukur untuk tujuan tersebut. Masalah halal dan haram tidak dititik beratkan dan akan memakan masa yang lama disiapkan. Raja sehari disolek begitu tebal untuk menaikkan seri wajah. Ini bertujuan supaya pengantin nampak cantik untuk ditonton. Mengikut syarak, bersolek hanya tatapan suami, bukan untuk tatapan dan tontonan serta pujian tetamu yang hadir. Untuk menjaga solekan raja sehari sanggup tinggal solat. Kita harus sedar bahawa majlis walimah yang diadakan akan membawa keberkatan kepada pasangan pengantin dan zuriat keturunan hingga akhir hayat. Untuk mengatasi masalah ini kita haruslah berhati-hati dan bersederhana dalam semua hal.

Pemakaian inai akan menampakkan kejelitaan pengantin. Pemakaian inai bukanlah disunatkan tetapi hanya sekadar kebiasaan masyarakat yang memakai inai bila ada majlis walimah. Pemakaian inai tanpa corak lebih menampakkan keayuan pengantin. Kini pemakaian inai telah berubah. Pengantin lebih gemar memakai inai yang bercorak. Corak yang dilukis pula berunsurkan unsur-unsur kehinduan. Walaupun pemakaian inai tidak mendatangkan masalah kepada pemakai, namun keadaan ini sangat bertentangan dengan syariat Islam. Inai yang dipakai kini pula perlu dititikberatkan kesuciannya ditakuti bercampur dengan najis.

Dalam majlis walimah hendaklah diundang orang-orang yang memang patut turut serta di hari bahagia. Mereka terdiri daripada keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Di samping itu kaum miskin juga tidak boleh dilupakan kerana mereka ini kurang menikmati makanan istimewa. Dalam majlis seperti ini makanan istimewa dihidangkan. Ini membolehkan mereka menikmati makanan ini dengan perasaan gembira dan dapat merasakan rahmat yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita. Rasulullah sangat membenci kita meninggalkan golongan miskin dan melebihkan golongan kaya. Inilah tuntutan yang menunjukkan betapa besarnya sikap keperihatinan seseorang muslim kepada saudaranya yang miskin. Pada hari-hari bahagia seperti itu Islam memerintahkan agar kita tetap ingat kepada orang-orang miskin yang selalu dalam penderitaan yang sepatutnya mereka diberi kesempatan untuk menikmati hidangan enak dan lazat pada hari saudaranya merasakan kegembiraan dan kebahagiaan. [5]

Majlis yang diadakan pada hari ini lebih menjurus kepada golongan berada. Di jemput wakil rakyat , majikan walaupun berlainan agama kerana sampul yang dihulurkan lebih bernilai dari golongan miskin. Hidangan khusus disediakan kepada golongan berada ini. Layanan istimewa diberikan berbanding golongan miskin yang datang pula bersama keluarga yang ramai.

Islam menegaskan bahawa menyanyi dan main muzik bukanlah suatu perbuatan yang dilarang selagi tidak melampau tidak melanggar syiarat Islam. Majlis walimah ini diceriakan lagi dengan penampilan juru hebah atau DJ yang dijemput khas. Bayaran dikenakan buat perkhidmatan juruhebah ini. Begitu juga dengan bayaran sewa set alat muzik. Ini semua semua menambah perbelanjaan majlis. 

Begitu juga tempahan juru gambar pada hari majlis walimah. Juru gambar akan mengikut ke mana sahaja pengantin untuk merakam detik-detik raja sehari. Jika tidak diguna khidmat juru gambar adakah majlis tidak dapat dirakam? Juru gambar pula kadang kala berlainan agama dengan pengantin. Juru gambar didatangkan khas daripada syarikat-syarikat tertentu.

Tidak ketinggalan juga di adakan pula majlis tarian sebagai hiburan seperti joget dan karoke. Majlis tarian dicampur lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Mereka bebas berseronok hingga lewat malam Majlis seperti sangat dibenci oleh syarak. Kita perlu melihat kesan majlis yang diadakan sebegini kepada pasangan pengantin, majlis yang diharapkan keberkatan telah dicemari unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Muzik adalah sesuatu yang dibenarkan oleh Islam tetapi telah menjadi haram disebabkan tindakan yang keterlaluan menjadikan muzik dibenci Allah.

Dari Hadis Rasulullah menegaskan bahawa menyanyi serta bermain muzik bukanlah suatu perbuatan yang terlarang selagi tidak melampaui batas. Menyanyi dibolehkan untuk memeriahkan sesuatu perayaan atau sambutan.

Majlis walimah yang diadakan sekarang juga telah bercampur lelaki dan perempuan. Walaupun tempat makan berasingan dibuat tetapi masih tetap bercampur lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan bebas ke sana ke mari tanpa segan silu. Sahabat handai bebas bergambar dengan pasangan pengantin tanpa perasaan malu.

Apabila kita mendengar atau bertemu dengan seseorang teman yang baru sahaja melakukan pernikahan, kita hendaklah turut menyatakan perasaan gembira. Kita memberikan sambutan kepada pengantin dengan ucapan yang mengembirakan hati mereka. Hal ini juga Rasulullah lakukan apabila Baignda bertemu dengan pengantin. Ketika baginda bertemu, Baginda akan mengucap dan mendoakan semoga pengantin baru akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan didoakan semoga suami isteri yang baru itu sentiasa mereka tetap berada dalam ikatan yang kukuh dan mendapat kehidupan yang baik. Orang bukan Islam juga memberikan ucapan selamat dan turut menyatakan kegembiraan mereka dengan ucapan mudahan pengantin akan memperolehi kedamaian dan memperolehi ramai zuriat. Menurut Aqil bin Abi Thalin ialah “ Semoga Allah menjadikan kedua mempelai tetap berada dalam naungan Allah.” Ucapan seperti ini merupakan satu ibadah. Di samping itu kita mendoakan kedua mempelai itu supaya tetap memperolehi kerukunan, kebahagiaan, dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Perkara berbeza dengan ucapan selamat seperti yang diucapkan oleh orang bukan Islam, sekadar mengharapkan pengantin itu rukun dan ramai anak yang tidak mengandungi masalah ukrawiyah.

Telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Abadah Al Wasithi, telah meriwayatkan kepada kami Abdul Malik bin Hussin Abu Malik An Nakhmi, dari Mansur, dari Abi Hazim, dari Abu Hurairah, katanya “Rasulullah bersabda “walimah pada hari pertama, adalah satu hal yang benar, pada hari kedua suatu perkenalan, sedangkan pada hari ketiganya adalah merupakan pemeran dan mencari populariti.”

Hadis ini memberitahu kepada kita agar tidak berlebihan dalam mengadakan majlis perkahwinan. Majlis walimah yang hendak diadakan tidak boleh melebihi dari tiga hari kerana ia akan mendatangkan banyak mafsadah dari maslahah. Majlis walimah yang diadakan akan menyebabakan lebih banyak pembaziran dalam semua aspek. Majlis persandingan yang diadakan sangat bertentangan dengan syariat Islam. Tujuan diadakan majlis persandingan adalah untuk membolehkan pengantin ditonton oleh segenap lapisan tetamu tanpa mengira aurat dan batasan agama. Keluarga pengantin dan tetamu akan menepung tawar pengantin. Tradisi menepung tawar pengantin adalah tradisi masyarakat Hindu. Selesai sahaja menepung tawar, pasangan pengantin akan bersalaman dengan orang yang menepung tawar tanpa mengira batasan aurat. Masyarakat Islam kini lebih mementingkan tradisi Hindu dalam majlis persandingan berbanding syariat Islam keranadalam syariat islam tidak ada majlis persandingan.

Dalam upacara persandingan ini juga melibatkan persiapan pelamin yang lengkap. Pelamin yang ditempah bukan murah harganya. Set pakaian persandingan serta andaman akan menelan perbelanjaan hingga ribuan ringgit. Masyarakat Islam dalam beberapa tahun kebelakangan lepas kurang menggunakan pelamin tetapi masyarakat Islam kini sangat suka menyediakan pelamin. Keadaan ini mungkin disebabkan masyarakat sekarang tidak memikirkan sangat perbelanjaan. Mereka lebih mementingkan keseronokan, kemegahan dan kebanggaan untuk dijadikan kenangan. Bagi masyarakat bandar pula, pemakaian pelamin sudah menjadi satu kewajipan. Pelamin yang ditempah khas yang menelan ribuan ringgit sudah menjadi kemestian. Pelamin ini terdiri daripada pelbagai rekaan menurut citarasa berdasarkan tema perkahwinan. Contohnya perkahwinan Shahridhah dan Nur Zuhaima memilih tema Arab dan P. Ramli, manakala pakaian pengantin dan solekan juga daripada Butik Pengantin RS. Hiasan bunga terdiri daripada bunga-bungaan hidup malahan diimport khas dari luar negara. Kewujudan pelamin yang mahal akan mengundang pula kehadiran juru solek yang berlainan agama dan bangsa. Malang sekali bagi pengantin yang disolek membenarkan juru solek menyentuh mereka sesuka hati. Contohnya perkahwinan Afifah dengan pasangannya memilih Eric sebagai juru solek mereka walaupun berlainan agama. Ini jelas dapat dilihat di dalam majalah hiburan yang khusus memaparkan perkahwinan golongan terkenal. Semua ini dilakukan untuk kelihatan cantik dan menarik dipandang.

Perbelanjaan majlis perkahwinan akan menjadi lebih besar jika majlis diadakan di tempat menarik seperti hotel seperti perkawinan Afifah dengan pasanggannya iaitu Alwi yang diadakan di hotel Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Upacara memotang kek bertingkat akan dijalankan bagai memeriahkan sesuatu majlis walimah. Pemotangan kek ini adalah mengikut tradisi masyarakat barat yang tiada dalam syariat Islam. Memotang kek untuk dimakan adalah baik tetapi segai satu istiadat perkahwinan adalah membawa mafsadah kerana harga kek adalah mahal.

Ketibaan pengantin dengan kereta yang dihias cantik juga mengikut istiadat masyarakat Cina. Tidak menjadi kesalahan kepada pengantin menggunakan kereta biasa yang digunakan sehari-hari. Untuk mendapatkan kereta baru yang cantik mereka sanggup menyewa dari kedai kereta.

Selesai sahaja urusan majlis walimah tuan yang mengadakan walima sibuk pula membuka sampulkan yang dihulurkan untuk menghitung jumlah yang diperolehi untuk membayar segala perbelanjaan yang dibuat dalam majlis tersebut. Tujuannya supaya hasil kutipan dapat membawa keuntungan dan membawa pulangan.

Keadaan ini sudah bertentangan dengan syariat Islam kerana tujuan walimah telah bertukar dari kenduri kepada berniaga.Situasi inilah yang selalu terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Hal ini wujud kerana masyarakat kita kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis walimah tetapi sangat terikt-ikut dengan keadaan persekitaran, takut dikatakan tidak sama dengan orang lain dan ketinggalan zaman. Pihak yang mengadakan majlis walimah tidak malu bersalaman dengan tetamu yang mengharapkan sumbangan dari tetamu tanpa mengira tetamu miskin atau kaya. Inilah fonomena besar yang terjadi dalam masyarakat yang mengadakan majlis walimah pada hari ini.

Inilah keadaan yang terjadi dalam majlis walimah kita pada hari. Untuk menjaga status manusia sanggup berbuat apa sahaja. Maslahah dan mafsadah kurang difikirkan, kemahuan dan kepuasan harus ditegakkan.

KESIMPULAN

Saat yang paling bahagia bagi seorang insan adalah ketika berjaya diijab kabulkan. Majlis ijab kabul akan disertai dengan majlis walimatulurus. Majlis walimah yang diadakan secara besar-besaran membolehkan ramai jemputan menikmati hidangan. Dalam mengadakan majlis perlu dipelihara batasan agama agar keredaan menjadi matlamat utama. Di samping itu juga diharapkan doa daripada hadirin akan membawa kebahagian yang berkekalan.

Bibliografi
Yusuf Al-Qardawi ,Dr.1995. Terj. Zalidi Jalil. Fatwa Masa Kini . Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Dato’ Ismail kamus, 2009.Indahnya Hidup Bersyariat.Puchong : Telaga Biru.
Muhamad Thalib. 1997. Kedamaian Suami Isteri, Kuala Lumpur :Darul Nu’man.
Ahmad Hatta, Dr. 2009. Tafsir Quran Perkata, Jakarta : Pustaka Maghfirah.
Abdullah bin Muhamad Basmih. 1983. Tafsir Pimpinan Rahman. Kuala Lumpur: Jakim.
Muhamad Thalib. 1997. Kedamaian Suami Isteri, Kuala lumpur : Darul Nu’man.
Ismail Kamus. 2009. Inadahnya Hidup Bersyariat, Damansara : Telaga Biru


[1] Muhamad Thalib. 1997. Kedamaian Suami Isteri,Kuala Lumpur : Darul Nu’man.
[2] Dr. Yusuf Al-Qardawi.1995. Terj. Zalidi Jalil. Fatwa Masa Kini. Kuala Lumpur. Pustaka salam.
[3] Dato’ Ismail kamus, 2009. Indahnya Hidup Bersyariat.Puchong, Telaga Biru.
[4] Dr. Yusuf Al-Qardawi.1995. Terj. Zalidi Jalil. Fatwa Masa Kini (ms:28). Kuala Lumpur. Pustaka salam.
[5] Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad Al-Husaini. Jld2. Terj. Ahmad Semait. Kelengkapan Orang Soleh. Singapura. Pustaka Nasional.



Thursday, January 3, 2013

2013 Resolutions




The third day of 2013

Assalamualaikum,

It has been the third day of 2013, I guess it wasn't that late to say happy new year although for me I already had my new year on 15 November 2012 ( 1 Muharram 1434 ). According to the Islamic Calender, I would be 30 years old this year. Alhamdulillah. Welcome to the 3 series. I was born on 2nd Jumaada al-awal 1404 A.H and after some serious online calculation, I will be celebrating the 30th birthday on 14th March 2013. Wohho...okey, hoping there will be NO depressing moments on that day.

Are there any resolution for this year? Is there any? Well, 2012 has been a kick start for me. Yes, meeting my cutie pie, the business went well (of course there are a bit slope here and there just like riding roller-coaster), got the shiny stones on the finger, working with snails (more to come this year), has tonnes of excellent cooking and baking experiments etc.

Got my eyes on Leica.but I had better take a good care of my LX-3!

What do I wanted for this year 2013?
  1. Settle the PTPTN loans - always been a nightmare. Just a little bit more!
  2. Be Happy
  3. More travelling and more pictures!
  4. Visit the beaches - I miss to be there! Sedey hokey.
  5. Learn to deco cake with fondant.
  6. Have more creative ideas.
  7. More success for this year.
  8. Nak kurus!
  9. Have a big event at the end of the year..Weehoo!

Thursday, December 27, 2012

Recipe: Making Pavlova!




Alhamdulillah, we meet again. It has been a while I didn't write a thing or two for the blog. Yup, been super busy with the cookies and some madness situation that I have to handle patiently. The cookies business have been a great deal lately and for that I am so blessed and thankful for the sustenance. Syukur!

           From making the cookies, there are lots of egg whites leftovers. After watching the Second Season of Masterchef  Malaysia, I am so keen to make myself a beautiful and puffy pavlova! It looks simple to make and yes people, it is so simple to make it. On the first trial, I gained the recipe from the net and the taste, masyaAllah! Super sweet and seriously I cannot eat them. Luckily I have my office colleague to finished them off. Actually I made the first pavlova especially for Maisarah birthday! Sorry Mai, it was too sweet to consume and happy belated birthday!

          This second trial came out perfect with some alteration to the previous recipe. A major alteration of course! Less sweet and the fruits was so tempting! These are the recipe and may you enjoy baking it.



PAVLOVA RECIPE

Ingredients
150g egg whites
150g castor sugar
1 teaspoon lemon juice
1 teaspoon vanilla essence
2 teaspoons of corn flour.
125ml non dairy whipped cream
75ml milk or any liquid will do
2 tablespoons of powdered sugar.
Fresh fruits.
Methods
  1. Pre-heat oven to 170˚C. Line a baking sheet with parchment paper. Draw a 8 inch circle on the parchment paper.
  2. In a large bowl, beat egg whites, vanilla, sugar, corn flour and lemon juice until stiff but not dry. Beat until thick and glossy. Do not over beat. Be absolutely sure not a particle of grease or egg yolk gets into.
  3. Spoon mixture inside the circle drawn on the parchment paper. Working from the center, spread mixture toward the outside edge, building edge slightly. 
  4. Put your meringue into the oven and decrease the temperature to 100-120˚C. Bake for 1 hour and let the meringue rest a little bit in the oven (open the door a little bit). Cool on a wire rack.
  5. In a small bowl beat cream, milk and powdered sugar until stiff peaks form; set aside. Remove the parchment paper, and place meringue on a flat serving plate. Fill the center of the meringue with whipped cream. Top whipped cream with fresh fruits as what  you desires ( I recommend sweet sour fruits such as berries, mango, kiwi, passion fruits to balance the sweetness of the meringue).

Pardon my falling apricot :)