Tuesday, June 11, 2013

My First Sewing Machine!



Salam all,

Yeay! Finally I got my first ever sewing machine! Yohho. Bulan ini memang budget sempit sangat sebab renew insurance kereta. Owh my! Memang budget habisss bulan ini. Tapi sebab dah tunggu lama berkehendakkan mesin jahit, ku pejamkan sahaja mataku ini.

          Dua bulan lepas, lelah cari mesin jahit murah (untuk budget bawah RM200) tetapi hasil adalah begitu menghampakan. Yang jumpa pun jenama Brothers yang harganya lebih RM700 dan display unit sahaja yang tinggal. Memang T.I.D.A.K lah saya nak membelinya. Semalam Maisara (kawan se-office) membawa khabaran gembira. Lazada ada promosi murah untuk Global Sewing Machine. Jadi, saya pun belilah satu.


a) Global Sewing Machine GSM-505 (Klik sini untuk ke promosi Lazada)

b) Global Sewing Machine GSM-338 (Klik sini untuk ke promosi Lazada)

c) Global Sewing Machine GL-SM2010  (Klik sini untuk ke promosi Lazada)
          Saya beli  Global Sewing Machine GSM-505 sebab harganya RM 179.00 masih dalam julat budget dan ade 8 jenis pattern jahitan. Mamang cepat servis daripada Lazada. Puas hati. Sebab dalam 24 jam saya dah dapat barang yang dibeli. Kagum sekejab. Semalam order, ini hari sudah sampai. Bila buka pakage, memang kenit saja mesin jahit tu. Ringan. Harap-harap tahan lama dengan keganasan saya. Siap boleh pakai bateri. Memang best! Jahitan pun boleh tahan kemas. Yang paling penting warranty selama SETAHUN dan kalau tidak puas hati dengan product boleh pulangkan ke Lazada dalam masa 14 hari.

          
          Kepada kawan-kawan yang mahukan mesin jahit yang simple (meaning bukan untuk kerja menjahit heavy duty) bolehlah singgah membeli-belah kat Lazada. Poromosi masih lagi berjalan sekrang ini. Selamat membeli-belah kawan-kawan. 

Monday, May 20, 2013

Pameran Pengantin, PICC 7-9 Jun 2013

Salam,

Lama sudah rasanya tidak mengarang sebarang dua patah perkataan. Kepada B2B yang masih belum berpeluang ke Pameran Pengantin, bolehlah kita berkunjung ke PICC pada 7-9 Jun 2013. Majlis saya sudah dekat tetapi masih tercari-cari kelengkapan untuk membuat persiapan untuk majlisku itu. Tambahan pula tema Pameran Pengantin (biru, putih, hijau) lebih kurang dengan tema majlisku akan lebih memudahkan kerja dan more ideas will come! Yeay!

Perkara yang perlu di cari semasa di Pameran Pengantin:
1. Baju Bersanding
2. Photographer
3. MUA
4. Hantaran
5. Pelamin


Pada 9 Jun 2013, di tempat yang sama, terdapat Talk Show bertajuk - Kemanisan Bercinta Selepas Nikah.
Masuk percuma dan hadiah juga disediakan untuk pengunjung yang datang pada hari tersebut. Kepada B2B, jangan lepaskan peluang keemasan ini. See you there!


Tuesday, May 14, 2013

Recipe: Apricot Cheesecake



Salam,

It has been a long time I didn't post anything referring to any new recipe. Honestly I am being too lazy to cook something rice. Since gaining few kilos of fats, I am totally need to balanced up my diet and that is why the therm of cooking laziness took place. Because of the stamped of expiry date on the food label horrors me bit and some fast action needed to prevent any food wastage. At the time I have cream cheese, biscuits and dry apricots to work with. Yes, I think of cheesecake is the best way! Yums~

A slice of apricot cheesecake
          Pardon me people. This is my first attempt of making apricot cheesecake. It looks nice but it does not taste as sweet as it looks. For someone with sweet tooth, I recommend to glaze the cake with more or just sweetened the glaze a little more. Enjoy the recipe and I am grateful if you have any comments to improve this recipe. Thank you in advance.

Ingredients

Sauce
100g Dried Apricots
3 Spoonful Apricot Jam
2 Spoonful Castor Sugar
1/2 Cup Water


Cake Base
10 pieces Finely crushed 
Digestive Biscuits
100g Melted butter

  
Cheese Fillings
300g Cream cheese
130 ml Yogurt
2 Eggs
100g Castor Sugar
1 tbsp Vanilla Essence
1 tbsp Corn Flour

Methods


Simmer all the ingredients until the dried apricots absorb the liquid and the sauce is thickened.





Preheat oven 180°C.
Mix in together the crushed biscuits with melted butter.
Press mixture evenly onto bottom of a 7-inch spring form pan. Bake for 10 minutes or until golden brown. Set aside.


In a large mixing bowl beat cream cheese, sugar, yogurt, corn flour and vanilla until combined. Add eggs all at once, beating until just combined. Stir in chopped apricots from the sauce. Pour filling into the crust-lined pan. Place on a water-bath and bake about 45 minutes or until the centre appears nearly set when pan is gently shaken (it will continue cooking after you remove it from the oven). Cool in the pan on a wire rack for 15 minutes. Loosen crust from sides of the pan and cool another 30 minutes. Remove the sides of the pan and cook the cheesecake completely.  Glaze the cake with the apricot sauce. Ready for serving.

Using D'arbo jam for the sauce and whole cup (130ml) of Marigold low fat yogurt



This is the 7 inch cake looks like

Tuesday, April 30, 2013

Nasi Goreng Kerang di Pantai Remis

Salam,

Jalan- jalan di pantai Remis memang seronok. Tambahan pula di sana terdapat jualan pelbagai jenis ikan, kerang, kepah segar yang boleh dijadikan juadah lauk-pauk yang sedap. Selain daripada itu, keropok ikan pun ada dijual (bukan keluaran tempatan tapi diimport dari Kedah). Pertama kali ke Pantai Remis memang mengujakan. Lepas penat pusing-pusing melawat gerai seafood segar, perut pula minta untuk diisi tambahan pula panas terik waktu tengahari menambahkan dahaga di tekak. Maka, Medan Selera Pantai Remis menjadi pilihan kali ini. Hihihi.

Ikan segar yang dijual. Pardon me, saya kenal ikan bawal aje. Kalau suruh teka kan siakap atau keparu belum tentu betul.

          Disebabkan saya feeling-feeling mahu diet, maka Nasi Goreng Kerang menjadi pilihan. Sebenarnya saya tersalah order. Sepatutnya Nasi Goreng Lala sebab lagi menarik. Tidak mengapalah, perkara sudah lepas. Kawan-kawan yang lain memang dasyat. Mereka order - Ikan Kerapu Tiga Rasa, Ayam Masak Sweet Sour, Telur Dadar dan Mee Goreng. Wah, macam hidangan makan malam rasanya. Bila sampai sahaja hidangan yang telah ditempah...Nah! nasi gorengku memang terbaik dengan kerang yang banyak lagi gemuk. Oleh yang demikian, feeling-feeling diet hancur sama sekali.

Nasi Goreng Kerang dengan kerang yang gemuk-gemuk.

Mereka yang order. Saya kalau banyak begini untuk lunch memang tak mampu nak habiskan.

          Melalui blog-blog yang saya baca, hidangan udang lipanadalah popular di kawasan Pantai Remis. Tapi sungguh, saya memang tidak tahu lokasinya di mana. Khasiat Udang Lipan atau Udang Ketak menurut Abah, boleh mengubati penyakit lelah / asthma. Yes, I need to check it out ofter this :)