Semalam, sempat singgah sekejab di MAHA International 2012, MAEPS Serdang. Dekat je dengan office tambahan pula rehat hari Jumaat kan panjang. Sebelum pi MAHA, sempatlah perkena cendol pulut dan rojak sotong sebelah UNITEN. Memang terbaik aih~ Seriously sangatlah meriah keadaanya kat situ. Macam-macam ade daripada kuih-muih, sate ikan (popular sangat time sekolah rendah dulu), cendawan goreng..you name it lah. Semuanya ade weh. Sebaik tak blaja kat UNITEN dulu, kalau idok, abes la rupa parasku.
Diambil dari enciksepul punya blog |
Okey-okey, cite pasal MAHA pulak. Memang ramainya orang walaupun semalam masih ramai lagi peserta baaru nak setup booth mereka. Parking memang jangan kata lah. Penuh amat. Tak tahu lah kalau hari ni. Mesti parking tepi-tepi jalan tu aja. Semalam, sebab parking pon jauh amat, so daku parking illegally aje. Tak perlu bayar RM3.00. Kalau nak dikenangkan semata-mata nak jejalan kat MAHA ni memang tidak lah daku menyinggahnya. Tujuan, nak tengok ler booth Maksu Tini. Nasib jumpa. Serious besar eh MAHA nih.. Banyak tempatnya. Booth Maksu Tini letaknya kat Agro Bazar. Lama jugaklah nak cari. Banyak produk-produk bumiputra ada dijual contohnya seperti frozen food, cokelat, biskut dll.
Booth Maksu Tini - Produk Kek Lapis Sarawak dan Kukis. |
Sila jangan tiru aksi ini :) |
Jomlah pergi MAHA tahun ni. Macam-macam ada. Jangan risau kalau parking jejauh sebenarnya sebab ade kemudahan shuttle bus disediakan. Cuma saya rasa kesian sikit kalau ada yang sakit lutut dan sebagainya...memang besar nak jalan-jalan tengok kawasan. Kepada sesiapa yang bertujuan nak membeli belah, dinasihatkan bawa sekali troli kecil. Untuk kemudahan nak mengangkit barang yang banyak nanti. MAHA Internasional 2012 bermula pada 24 November hingga 2 Disember ni. Masih sempat
No comments:
Post a Comment
Share Your Thoughts Here