Salam,
Masa rehat hari Jummat memang panjangkan? Selalunya agak susah untuk buat keputusan untuk makan tengahari di mana. Jalan-jalan di shopping komplex, makan di restoran fast food atau duduk sahaja habiskan masa di pejabat. Oleh sebab Jumaat lepas tak kemana, maka hari ini perlulah berjalan-jalan meluaskan permandangan. Jalan-jalan area Serdang saja pun. Selama ini saya memang ingat burger bakar hanya beroperasi pada waktu malam. Jadi memang jarang sangat-sangat makan burger bakar. Sekarang memang tiada masalah lagi kalau teringin sangat nak makan burger pada waktu siang. Lunch hari ini dengan KaK Haryati di Lava Grill Burger. Memang bestlah! Jom tengok gambar!
Sirap Limau (RM1.50) dan Jus Mangga (RM3.00) |
Balck Pepper Grilled Lamb Chop (RM16.00) Musnah harapan diet saya. Dah la majlis 2 minggu lagi. Kena sit up 200x petang ini. Mampu? |
Lava Single Beef Super Cheesy + French Fries (RM12.00) |
Nah, memang nampak sedapkan. Portion setiap hidangan memang banyak sangat. Pening nak habiskan makanan tadi. Memang mengah weh. Selain daripada burger dan western food, terdapat juga Asam Pedas Claypot dan Kari Claypot yang dihidang bersama nasi. Untuk hidangan claypot, anda boleh memilih jenis ikan yang disediakan seperti siakap, bawal dan kembung. Kepada anda yang teringin atau berminat bolehlah ke Restoran Lava Grill Burger di Sri Serdang.
Lupa nak ambil gambar masa dalam restoran. Gambar luar restoran pun boleh kan :) |
kd 14
ReplyDeletegoyard
black golden goose sneakers
kd 12 shoes
goyard handbags