Friday, April 4, 2014

Blue Kitchen It Is

 
 
As-Salam,

Owh. It was a little bit dusty here don't you think so? Well, I'm quite busy with the work at the office and at the house. Haha. Only now I had a chance to update this dusty blog.

I am aiming for new oven right now and it is going to be placed at the new house. I dreamt to have a big oven for the kitchen but due to the space limit, I think I rather had a stand gas oven+cooker. It was a little small but worth it. And plus, I found this kitchen with the stand cooker at ww.houzz.com and it was gorgeous! It is done. My future kitchen will be in blue colour. InsyaAllah.
 

 



Monday, November 25, 2013

Puan is Back to the Office!



As-Salam,

          Hai. It has been two weeks of long holidays and had a super busy on the last triple weekends. Well, changing the title from "Cik" to "Puan" was a bit challenging. I am tired of course and while reading the letter from HR Dept, I was in a shock. I'm supposed to be "Cik" on 30th October lah! What an error. Sabar sajalah. Sambil urut dada.



          I'm married now and became a wife to Khairul Syafiq. Buat setakat ini, baru 3 kali masak untuk husband. Which are Ayam Masak Merah, Sambal Telur Puyuh and Sotong Ball. Ahahaha. Pitam! Yang lain tak sempat le teman nak mengerjakan lagi. Makan di kedai lebih banyak dari masak kat rumah. Boleh la tu kan? Asalkan perut kenyang, hati pun senang!


          Okey...nak preview gambar kawin. Sabar je bila tengok rambut lakiku itu, serabai benar. Jangan tak tahu, samping pun pengantin ikatkan sendiri. It was a hectic day! Berkejar sana sini. Masa ini memang teman idok kurus mana pon. After three weeks kawin baru lah terkedek-kedek nak start kurus balik. Itu pun lepas tengok latest gambar Liza Hanim and Faezah Elai dah kurus! Melelops uolls! So, determination is important at this stage. Feeling-feeling sikit! Padehal lunch tadi baru belasah sedas Megi Goreng dengan Telur Mata. Haah, dieeeet sangat! Next time nak cite pasal kawin la pulak! Kalau sambung sure nanti merepek meraban kat sini. See you soon. Bye~


Friday, October 25, 2013

Lunch at Lava Grill Burger



Salam,

Masa rehat hari Jummat memang panjangkan? Selalunya agak susah untuk buat keputusan untuk makan tengahari di mana. Jalan-jalan di shopping komplex, makan di restoran fast food atau duduk sahaja habiskan masa di pejabat. Oleh sebab Jumaat lepas tak kemana, maka hari ini perlulah berjalan-jalan meluaskan permandangan. Jalan-jalan area Serdang saja pun. Selama ini saya memang ingat burger bakar hanya beroperasi pada waktu malam. Jadi memang jarang sangat-sangat makan burger bakar. Sekarang memang tiada masalah lagi kalau teringin sangat nak makan burger pada waktu siang. Lunch hari ini dengan KaK Haryati di Lava Grill Burger. Memang bestlah! Jom tengok gambar!

Sirap Limau (RM1.50) dan Jus Mangga (RM3.00)

Balck Pepper Grilled Lamb Chop (RM16.00)
Musnah harapan diet saya. Dah la majlis 2 minggu lagi. Kena sit up 200x petang ini. Mampu?

Lava Single Beef Super Cheesy + French Fries (RM12.00)
          Nah, memang nampak sedapkan. Portion setiap hidangan memang banyak sangat. Pening nak habiskan makanan tadi. Memang mengah weh. Selain daripada burger dan western food, terdapat juga Asam Pedas Claypot dan Kari Claypot yang dihidang bersama nasi. Untuk hidangan claypot, anda boleh memilih jenis ikan yang disediakan seperti siakap, bawal dan kembung. Kepada anda yang teringin atau berminat bolehlah ke Restoran Lava Grill Burger di Sri Serdang.

Lupa nak ambil gambar masa dalam restoran. Gambar luar restoran pun boleh kan :)


Thursday, October 17, 2013

Perihal Timun



Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan. 


Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun! 


Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda. 

Timun dapat melawan suhu panas 
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu. 

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang. 

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari. 

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa. 

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik. 

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun. 

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat. 

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah. 

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaiban mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut. 

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau. 

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric. 

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk. 

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Sumber: Yahoo