Thursday, February 28, 2013

Cendol Bakar JJCM!



Hello.

Baru balik dari outsation di Tanjung karang. Hasil daripada kerja luar, kulit yang putih gebu terus hangus hitam terbakar. Pakai bedak berkepuk-kepuk pun kulit masih gelap lagi. Owh sedih! Tapi yang best, permandangan sawah padi kat sana memang cantik dan no wonder banyak filem dan drama Malaysia buat penggambaran di sana contoh - Drama Nur Kasih. 

Lepas bekerja tak berapa nak lelah, waktu petang yang lapang, Kak Amy ajak makan kat Cendol Bakar. Sebelum ini pun En. Tunang ada pesan cari di mana lokasi Cendol bakar tu. Teruja sungguh! Kak Amy yang memang suka sangat bab-bab cari makan bersungguh cari lokasi Cendol Bakar.

Sape kate McD je ade Drive Thru?
Cari punya cari, jumpa jugak akhirnya. Tak jauh pun dari hotel yang kami. Lokasi - Jalan Bukit Rotan betul-betul sebelah Caltex. Sampai sahaja di lokasi, memang teruja sebab ada DRIVE-THRU kalau nak beli cendol! Ohmy...First time ade tempat begini. Yelah selalunya restoran fast food sahaja yang ada drive thru. Yang paling menarik, gula melaka yang digunakan untuk sirap cendol dibakar terlebih dahulu. Rasa cendol yang memang tak sama dengan yang selalu beli di KL. Ade pahit sikit tetapi tak terlalu ketara. Exotic taste! 

Cendol Pulut Durian dan Cendol VVIP
Ni jenis-jenis cendol yang dijual:
Cendol VIP (Nata de Coco + Selasih + Jagung + Kacang) RM2.00
Cendol VVIP (Pulut + Nata de Coco + Selasih + Jagung + Kacang) RM2.50
Cnedol Tapai  (Tapai + Nata de Coco + Selasih + Jagung + Kacang) RM2.80
Cendol Pulut + Tapai (Pulut + Tapai + Nata de Coco + Selasih + Jagung + Kacang) RM2.80
Cendol Durian (Durian + Nata de Coco + Selasih + Jagung + Kacang) RM3.00
Cendol Pulut + Durian ((Pulut + Durian + Nata de Coco + Selasih + Jagung + Kacang) RM3.50


Murahkan? Yang paling menarik lagi, masa nak bayar, ternampak plat JJCM. Lucky sangat kan. Iqram Dinzly baru ja datang kat sini 27 Jan 2013. Ohhoi! Selain daripada cendol, kat sini pon ada Laksa, Bakso, Nasi Ayam, Rojak dan banyak lagi. Selain dari cendol, sempat iolls beli keropok udang geragau dengan harga 3 bungkus Rm10.00. Sedap sangat kalau makan confirm susah nak berenti!


1 comment:

  1. Lepas bekerja tak berapa nak lelah, waktu petang yang lapang, Kak Amy ajak makan kat Cendol Bakar. Sebelum ini pun En. Tunang ada pesan cari di mana lokasi Cendol bakar tu. Teruja sungguh! Kak Amy yang memang suka sangat bab-bab cari makan bersungguh cari lokasi Cendol Bakar.
    sewing factory near me
    stitching factory near me

    ReplyDelete

Share Your Thoughts Here